Followers
Sunday, September 5, 2010
#4 Bila matahari buka baju.
Mood ; Tired
Song ; Bersama bintang-Drive
Fuhh, gua baru lepas gardening. Rajin kan kan? Tu pun lepas mama gua kejut bangun tidur. Mak gua dah give up awal awal. Heeee.
Seperti yang kita dah sedari, Ramadhan dah nak pergi dan hari raya akan menjelma tak lama lagi. Tapi, masa bulan ramadhan juga mesti banyak kenangan kan? Bagi gua, gua akan rindu ramadhan tahun ini. Sebab sebab gua akan rindu pada bulan ramadhan ialah ;
(drums roll)
- Akan merindui ciuman mak bila salam lepas terawih. Ciuman mak gua bukan selalu dapat, kalau tak lepas terawih, maybe setahun sekali dapat, tu pun first eid. Ciuman mak gua mahal kot, beruntung ayah gua. Auww ;)
- Bila berbuka puasa, family gua selalu ambil port atas lantai dapur. Sebab atas meja tak cukup nak muat 7 orang members. Masa berbuka tu, banyak gelagat. Argh! imma gonna miss that.
- Time ni lagi best. Bangun pagi, bukan bangun sahur. Biasanya, pagi pagi gua bangun lambat. Gua rasa bukan gua seorang, lu semua pun kan? Kan kan? Aish, puasa lagi ni, tak baik lu tipu. Gua ada magic patut gua tahu. Gua bangun lambat bersebab, sebab gua sahur dah satu jam. Tak sampai laa satu jam. Disebabkan sahur dah satu jam, gua bangun lambat lah. Tapi tak lambat sangat. Kalau lambat sangat, mak gua jerit. Mintak dijauhkan.
Tapi, bila Syawal dah nak bagi salam, ada juga part gua tak suka. Semua perempuan lah boleh dikatakan tak suka. Contohnya,
- Tukar langsir ni, tukar kusyen tu, tukar cadar katil ni, tukar sarung bantal ni.
- Ikut mak pergi beli barang dapur.
- Tolong mak pilih tudung mana matching dengan baju.
- Alat perhiasan yang berdebu tebal 4 inci kena berkilat bersih. Disebabkan oleh raya setahun sekali. Kalau berkali-kali, takkan jadi macam ni.
- Duduk didapur, pantang kalau bergoyang kaki depan tv. Ada satgi suara macam pelesit menjerit.
Humaigod -,-'. Tu laa part part gua tak suka. Mostly woman lah kan, lelaki apa kesah? Tak buat kot semua semua tu. Gua berani jamin!
Part raya? gua rasa tak ada kot. Semua best best.
Part makanan- Makanan yang lidah tak pernah rasa pun ada. Kalau cik mak-mak, mesti masak yang sedap sedap, ye lah kan, raya setahun sekali. Beria ia nak suruh anak-anaknya gemuk -,-'
Part duit raya- Daripada parents, cousins, atuk, nenek. Tu tak kira lagi, selit selit adik beradik sepupu sedara cucu cicit belah mak dan abah. Budak muda tak payah kerja, duit duduk dalam sampul je dalam kocek jee. Oh heaven!
Apa lagi? Gua rasa tak ada dah.
Kesempatan disini, gua nak ucap *lagu raya* SELAMAT HARI RAYA BUAT LU SEMUA! MAAF ZAHIR . KE BATIN TERASA? OK BATIN JUGA -,-'
Enjoy enjoy ya!
Saturday, September 4, 2010
#2 Angka 15
Mood ; Crying
Song on play ; Alicia Keys-Doesn't Mean Anything.
Pada birthday gua, gua nak hadiah paling special. Tapi gua tahu, hadiah tu takkan jadi kenyataan. Semalam, member gua teman gua. Kita sembang sampai cengkerik masuk tidur. Nasib baik member gua ada, kalau tak, gua sepi.
Gua sedih, tapi gua malu nak kasi tahu kenapa gua sedih. Hal ni dah lebih setahun gua pendam. Hati aku tak payah cakap, memang berbalut luka. Gua move on, tapi lupakan hal lama tu, gua tak mampu. Gua tak mampu. Entah gua tak tahu.
Gua tak mampu lagi jadi mangsa penyeksaanmu.
Thursday, September 2, 2010
# 1- Bagaikan baby dilahirkan.
Haii, (:
Hahahak, macam baik je. Orangnya tak baik mana pun. Tehee. Ok, gua tak tahu ni blog kali ke berapa. Apapun, gua puas bila gua dapat edit blog dengan cara gua sendiri. Gua tak minta pertolongan lu semua pun kan? Haaaa, kan kan bagus kan? *self praising (:
Pada bulan May 2009, terdapat satu blogger yang telah mendaftarkan diri menyertai blogspot iaitu bernama gua lah! Saja buat suspen. Takpe kan? Ok, this blog, i will post as many as i can lah. But not EVERYDAY! Lagipun, blog ni tak vogue macam lu orang!
Maaf dipinta if introduction gua ni sedikit kasar sebab ini cara gua. Lu tak suke lu punya pasal. Ada hang ke tak ada hang, gua tetap boleh hidup. *berterabur sekali bahasa,wiii~.
Last words, Enjoy reading and please joining!
Turrah, have a blast day!

Subscribe to:
Posts (Atom)